Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Senyum lagi

Biar satu lafaz bisa tenangkan hati Biar satu bicara bisa reda Biar satu hembusan aku mahu senyum lagi Kau rasa kau cukup penat memberi Jadi kau tekan diri rasa keluarkan lagi korban Sebenarnya kau tak punya banyak mana stok Jadi kau kerah kau penat Diri, kau penat. Kerana dah lama tak topup  Rindu Tapi selalu kecewa ditelan  Nafsu besar Aku mahu senyum lagi Senyum lagi

Banjir I : Ujian Sesaat Hikmah Sejuta

Bismillahirrahmanirrahim Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! 67 : 14 Banjir Disember 2014 menyaksikan betapa manusia ini tiada upayanya di hadapan Dia. Lambang kekuasaan Allah itu tiada melihat pada bila dan di mana, tapi menuntut kita bermuhasabah mengapa Allah menurunkan ujian dan betapa tiada bilangan hikmah yang terselit atas semua ini. Banjir kali ini dashat,bukan biasabiasa. Pahang antara negeri yang dipilih Allah untuk diuji. Tidaklah seteruk Kelantan, namun ada juga kawasan-kawasan yang menjadi padang jarak padang terkukur. Temerloh tempatku, bandarnya menjadi pulau. Tak pernah terbayang dek akal orang orang. Namun bilamana Allah kata Kun tiada kudrat melawan, semua makhlukNya cuma mampu tunduk. Rumah aku turut dinaiki air. Tidak lah teruk cuma paras dada ayah. Tidaklah teruk berbanding orang yang rumah cuma tinggal bumbung. rumah musnah sama