Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Panopticism

Bismillah Jangan berdalih kesempitan waktu Kalau Kau yang sebenarnya kehilangan keberkatan waktu *** Hari ini

Kayuhan Asilah

Lewat malam kelmarin Asilah berkayuh pulang sendiri Jauh destinasinya menuju asrama Ditemani cahaya bulan kelihatan kesipuan mengintip  di balik awan awan yang tak pernah cuba minta permisi  Mahu sembunyi daripada Memayungi semesta "Ya Allah penatnyaaa" desis hati

Bukan Malaikat

Kalau nak list kesilapan orang lain, Terbuka luas ruang membenci Macam luas mulut menguap Waktu kelas bahasa Hiks Semua yang mereka buat Kita tak suka. Walaupun logiknya kesilapan mereka Bukanlah tahap direct masuk neraka Betul.

Akhi nan seorang ini

Bismillahirrohmanirrahim.. (Warning saya : Ini hanyalah bacaan untuk mereka yang berada dalam gerabak tarbiyah dakwah dan siasah) Akhi nan seorang ini Tadi malam Sewaktu menuju jalan ke rumah akhi Faqur Aneh sekali bagi saya Kekuatan biasabiasa tidak dituntut Gelap sahaja sudah buat saya tidak boleh bertahan lama

Bintang Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim. Ramadan kareem. (tanpa rasa bersalah walaupun sudah malam ke 20) Puasaku di tempat orang ini jangan dibicara tentang sama. Puasa kali ini jauh dari orang kejut bangun sahur, jauh dari lawan tahajud dengan adik beradik, jauh dari makan sedapsedap ibu masak bila waktu berbuka. Allah itu tak pernah mahu meninggalkan aku sendirian. Allah itu super baiknya hilang bicara hilang kata mahu diterjemah, Allah itu terlalu gah dan idola dalam merencana. Siapa pernah fikir 2015 aku puasa tanpa teman. Namun kerana Allah bertanggungjawab merencana, maka dia hadiahkan rahmat dan kebaikan. Semasa tiba disini, kerana di tempat ini muslimnya 0.0000001 peratus, (mungkin lebih banyak bilnagn kosong itu?)maka tiada siapa mahu bicara pasal solatku, pasal auratku apatah lagi puasaku, (Selain awak tak panas ke pakai tu, betulkan orang yang awak sayang je boleh tengok rambut awak,saya nak jadi orang tu? , menyusahkan doe! etc. boleh buat post baru kot pasal bab ini sahaja tett

Tenung

Bismillahiroohmanirrahim Gadis itu tinggal senyap. Mahu masa, masa yang sudah lama diketepi, masa yang sepatutnya istimewa untuk dia sahaja. Dia termenung jauh sekali. Tenung dalam tak terluah apa yang mahu. Dia cuma kaget. Dia sesat dalam dirinya . Soro-soro dia rasa dia cuma mahu tenang.  Jangan diungkit lagi masa itu. Jangan dipertikai ketentuan Allah. Jangan dibisik lagi suara keluh. Dia penat. Berjuang mati-matian tanpa ada yang datang menemani, menguat dan menggalak,  susah nian. Seorang gadis itu mahu coba lagi jadi dewasa. Hari-hari yang unggul cuma di mata. Namun itu sihat, tak mengapa. Layak dia untuk rasa.Hak dia untuk diberi peluang membesar, Maka nikmatilah hari-hari mu. Perjalanan ini bukan sebentar . 

Guru yang penyayang

Bismillahirrahmanirrohim Ceritanya hari ini aku menggoogle ilive4well.com taktau kenapa tibatiba. maka keluarlah segala linklink yang ada kaitan dekat dan jauhnya dengan belog ini. Sejarahnya beberapa tahun lalu, aku pernah mengkomen di suatu ruang komen sebuah blog yang aku fikir sangat menarik penulisannya. Maka keluar link belog itu di pencarian mengadangada aku hari ini. Nama belognya Lelaki Introvet  . Maka aku belek belek belog milik seorang lelaki yang dikatakan introvet ini, membuat aku fikir lapan belas kali, betapa wujud seorang lelaki yang pemalunya sangat sungguhsungguh di luar, tetapi penulisannya sangat menikam dalamdalam. Nakalnya aku berbisik, kalau saya jumpa awak, saya takkan tanya , kenapa ye awak ni pendiam pemalu ke apa, mungkin aku akan tanya cenggini, " sebab awak punya tulisan masuk kat hati saya laju macam line intenet kat jepun ni, boleh tak awak cuma kata dua perkataan. Marry me . " kekeke. Okey serius semula plis. Walaupun aku lupa bi

Hari ini

Bismillahhiraahmanirrahim Ceritakan kepadaku cerita percintaan yang paling hebat yang pernah kau dengari. Sedarlah, cinta Tuhan itu tahapnya tiada ungkapan yang bisa menceritakan kondisinya. Dalamnya bukan seperti dalamnya cinta si isteri kepada suami Hangatnya bukan seperti perasaan kamu dicintai orang yang kamu sedang cinta Tiada kata. Kasih sayang dia itu, kalau bukan kita yang bergerak, untuk meminta untuk merayu dan rengek  sehabis daya, cengkaman nya tak berbisa. Sungguh betapa lama aku tidak merasai perasaan aku mahu terus dalam sujudku buat selamanya.  Berilah aku masa yang lama untuk rasa ini. Biarkan aku jadi terus dahaga begini.  Kerana. Aku takut kejahatan masa laluku.

Bila lagi mahu usrah ?

Bismillahirrohmanirrahim. Sirah Rasulullah saw telah jauh melangkaui masa, membuktikan pembentukan individu sangat memerlukan unsur persekitaran yang soleh yang bisa menyokongnya. Usrah pertama dianjur, Dar Al-Arkam menjadi pilihan sebagai titik tolak penyebaran ajaran seorang Nabi Terulung. Ketika itu kumpulan manusia ini tidaklah mempunyai label usrah, namun daripada satu kumpulan kecil inilah panji-panji ketauhidan, kupasan-kupasan al-Furqan, konsep-konsep ibadah yang disemai mantap oleh Rasulullah, tersebar luas ke pelusuk Mekah.  Sampai hari ini, alhamdulillah, kebanyakan kita sudah tidak janggal lagi dengan perkataan usrah. Pertama kali mengenali perkataan usrah itu , setiap orang pasti lain waktunya, caranya dan tempatnya. Namun, mungkin boleh dikongsi di sini sebenarnya usrah itu bukan sekadar bulatan gembira, malah perkataan usrah itu membawa maksud yang dalam, istimewa sekali. Kiranya kita mengerti. “Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajika

Senyum lagi

Biar satu lafaz bisa tenangkan hati Biar satu bicara bisa reda Biar satu hembusan aku mahu senyum lagi Kau rasa kau cukup penat memberi Jadi kau tekan diri rasa keluarkan lagi korban Sebenarnya kau tak punya banyak mana stok Jadi kau kerah kau penat Diri, kau penat. Kerana dah lama tak topup  Rindu Tapi selalu kecewa ditelan  Nafsu besar Aku mahu senyum lagi Senyum lagi

Banjir I : Ujian Sesaat Hikmah Sejuta

Bismillahirrahmanirrahim Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! 67 : 14 Banjir Disember 2014 menyaksikan betapa manusia ini tiada upayanya di hadapan Dia. Lambang kekuasaan Allah itu tiada melihat pada bila dan di mana, tapi menuntut kita bermuhasabah mengapa Allah menurunkan ujian dan betapa tiada bilangan hikmah yang terselit atas semua ini. Banjir kali ini dashat,bukan biasabiasa. Pahang antara negeri yang dipilih Allah untuk diuji. Tidaklah seteruk Kelantan, namun ada juga kawasan-kawasan yang menjadi padang jarak padang terkukur. Temerloh tempatku, bandarnya menjadi pulau. Tak pernah terbayang dek akal orang orang. Namun bilamana Allah kata Kun tiada kudrat melawan, semua makhlukNya cuma mampu tunduk. Rumah aku turut dinaiki air. Tidak lah teruk cuma paras dada ayah. Tidaklah teruk berbanding orang yang rumah cuma tinggal bumbung. rumah musnah sama