Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Saatnya penat

Bila saatnya penat itu menerjah,  saat itu kau akan rasa kau buta kepada semua,  melainkan kau mahu rehat. Mahu tenang tanpa suarasuara sampah. Mahu sunyi daripada yang melelahkan. Kau sudah cukup penat sekarang. Ambil. Ambil hati ada bara jangan fikir dua kali buang jauhjauh. Jangan fikir banyakbanyak lagi. Rehat sahaja. Rehat. Manusia yang ramai buat mazhab masingmasing dan kau sudah penat untuk sepi sahaja. Jangan fikir. Esok tak mahu penat lagi.

Terima kasih

Kadang kita selalu petah mengatakan kita sakit. Kita perit.Namun saatnya kita senang saatnya kita tenang , mengapa sebenarnya ucapan syukur dan terima kasih selalu menjadi yang lambat.

Kerdip-kerdip Rasa

Kerdip kerdip rasa Sebenarnya itu hak Maka kalau baik jangan tinggalkan Masa lain kau tak yakin Akan ada lagi Kerdip kerdip rasa Buat aku semangat mengukir Buat aku mahu buas menghirup lagi udara esok Ikut rasa ini ada waktunya buat aku puas Kerana hatiku di situ Di medan pikuk sepitan cari redha Tuhan. Kerana hatiku di situ Tak pernah ingat untuk dibawa

Bila rasa cukup selalu

Sekarang aku rasa sesuatu Bila rasa sesuatu aku perlu medium untuk menujah Rasa rasa ku sudah punya semua. Apa lagi yang kumahu Semua yang ku mimpi telah pun ditunai Tuhan Benar. Rasarasa aku cukup semua Tutup semua loreng kecilkecil Kerana ku telah punya Allah yang sangat santun terhadapku. Maka ku telah rasa Dia terlalu lembut terlalu menyayangiku memberi semua yang kuguna kini Kutelah punya dua sinar yang membawaku ke dunia Mengheretku mengenali dan mengaplikasi membentuk mukminah hari ini Punya saudarasaudara yang pelbagai rupa rasa dan warna Senyuman dan titisan air mata duka yang terkeluar demi mereka banyak mentarbiyah jiwa jadi insan lebih dewasa Mencukupiku,  menerima atau tidak menerimaku,  apa lagi kata syukur yang bisa disua agar hati ini bisa memantulkan kebahagian dengan adanya kamu Masalah semut dan gajah yang lalu lalang sebenarnya mengikis keyakinan bahawa aku kuat sendirian Maka ku perlu semua Maka ku bahagia ku punya semua Cicipan ini di olah