Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Comot

Nama aku Hanna. Aku comot. Selekeh. Jijik. Itulah aku. Ya ! Penerangan yang paling tepat. Rasanya. ***** Cerita semalam punya semalam. "Allahuakbar! Allahuakbarr!!" tinittt.. tinitt. tinittt. tinitt. Argh . sudah pukul 5.45 pagi. Rasa-rasa baru sahaja aku lelap. Penat lagi lah.. Pap! Jam dibisukan. Tidak. Dibiuskan. Buktinya bateri jam yang sedang bergolek golek hampa di jubin bilik. "Kakak! Kakak dah Subuh ke belum? Dah pukul 6.40 ni." Lembut tutur ibu. "Kejap lagi la ibu, " selimut ku tarik menutupi kepala. Akibatnya hari itu aku Subuh tepat pada jam 7.00 pagi. Ditambah 20 minit selepasnya. Argh! semua ini salah Big Bang. Merekalah penyebab aku tidur pukul 4.00 pagui semalam. Kelmarin, Secret Garden HD juga punca aku tidur 3.00 pagi.  Oh kesannya  ada baiknya juga. Esoknya di sekolah aku gah berkongsi semua yang aku tonton kepada rakan-rakan dalam bulatan usrah tidak rasmi selepas perhimpunan pagi. Aku puas hati. Puas