Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Tiada Tajuk

Salam Mengintai sesuatu daripada lubuk itu Bertanya apa yang sedang diterajuinya Sirna Kamu mahukan segalanya yang terindah Terhampar bagai di Disneyland Kamu takut kehilangan Apa erti kamu hidup tanpa pengorbanan Kekentalan senyum Kamu tidak pernah bahagia kerana kamu gagal membahagiakan Keras. Kaku Kamu sebenarnya sukar bernafas kerana prinsipmu Berdikari itu perlu, tapi di mana punca kekuatan? Kamu angkuh dengan keteguhanmu bertahan Hakikatnya kamu lemas dengan perasaan Terungkailah. Kamu insan biasa.  Pasaklah rasa kebersamaan Ya, aku mengerti kamu tak bisa Ego Biarlah ia terus membakar Biarlah ia terus menyakiti Biarlah semua Hakikatnya, apapun yang wujud Aku tak mahu menyakiti yang lain. Sudah cukup banyak aku menghantui Sudah cukup. Mereka mengenaliku dengan kekuatan Biarlah. Aku takut kehilangan senyuman mereka