Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Hikayat Tudung Besar Saya

Bismilahhirrahmanirrahim..Moga Allah redha penulisanku ini. Moga aku ikhlas untukk berjuang  dan berdakwah melalui jalan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad SAW. Ini cerita saya. Daripada kecil saya dididik dengan tudung besar ini. Mula-mula saya rasa agak terkongkong. Saya juga ingin memakai seperti yang  kawan-kawan lain pakai. Saya pernah memakai tudung 45, ayah saya tegur. Saya segan nak pakai tudung tu lagi, jadi saya hanya ada tudung besar ni. Daripada tingkatan satu sampai tingkatan 5, saya tetap begini. Pada hakikatnya saya boleh sahaja menukar dengan tudung yang lebih berfesyen dan ikut trend, tetapi saya tak tahu kenapa ada sesuatu yang menghalang saya membuat begitu. MALU. ya, saya malu pakai tudung selalin tudung labuh. Lagi satu, kalau saya pakai bukan tudung labuh, SAYA RASA TAK SELAMAT. Rasa tak dilindungi.Rasa mata-mata itu liar memerhati. Jadi, saya memlilih tudung besar ini. Saya selesa, saya selamat, saya behagia.  Dan tak suruh awak

Garang

Assalamualaikum Selawat dan salam ke atas baginda , utusan sekalian alam. Firstly, Tuhan, aku ingin ikhlas dalam menulis. Hari ini entri masih menjurus ke arah peribadi, namun tetap tak lepas daripada tanggungjawab insani. Berkhidmat untuk kamu dalam memesan ke arah kebaikan , agar secebis bekalan, bisa menunjukkan hikmahnya di sana. Ok cukup. Garang. Ramai yang cakap aku garang. Dan aku dengan yakin mengaku Yup! aku garang. Sila takut. Tetapi di sini ingin aku menyelak tirai halus perbezaan di antara garang dengan kuat marah. Kuat marah tu maksudnya garang? Setuju? tak! Kuat marah bererti dia selalu tak dapat mengawal emosi amarahnya dalam keadaan apa pun. Ini saya ok. Garang pula pada aku bererti dia akan reflek dengan TEGAS walaupun benda tu tak perlu tegas sebenarnya. Jadi? anda dapat lihat bezanya tu? tak dapat? Aku pun.Orang yang kuat marah semestinya garang. Tapi orang yang garang tak semestinya kuat marah. Yay! Sukati korang lah nak faham cemana. Aku memang kuat marah dan gara

Leader

Dengan Nama Dia yang terlalu banyak memberi peluang untuk saya menitip rasa.Kali ini entry ini akan menggunakan saya menggantikan aku. (untuk entri-entri seterusnya wallahua'lam). Entri kali ini agak membosankan kerana ia tentang saya. Kalau awak rasa tak nak baca, saya pun tak nak paksa kerana mood hitler saya tak berada di puncak lagi. Disini saya ingin menarikan jari untuk ditujukan kepada orang-orang yang berada di bawah saya. Maksud saya orang-orang yang pernah, sedang dan akan dipimpin oleh saya. Awak, saya nak cakap sikit ni (kalau panjang awak jangan marah sebab macam awak tahu, saya memang suka membebel) Awak, saya ni kan, boleh kata orang atas awak lah kan. Saya agak janggal bila orang panggil saya "the ketua", awak nak tahu kenapa? Sebab saya bukan yang terbaik antara kita semua. Awak, boleh tak saya nak mintak awak buat skuba di dasar hati saya? dan tengok karangan laut suka duka di lubuk kecil ini? Saya sedar saya penuh celoreng yang bewarna warni pada

Kerana sayang itu konsepnya luas

Bismillahirrahmanirrahim..Tuhan, aku mahu ikhlas dalam menaip :)   Sayang itu konsepnya luas, luas sekali. Kadang-kadang kita salah mentafsirkannya. Kadang-kadang kita mengkhianati makna sayang. Kita rasa kita sayang, namun kita salah. Kadang kita rasa dia tidak sayang, namun sebaliknya. Yang pasti sayang itu bukan bermakna hak memiliki. Tetapi sayang bererti menjaga dengan rasa cinta. Kamu faham? Ada orang kata kerana dia sayang, dia tidak mahu berenggang dengan yang disayanginya itu walau sesaat. Itu tidak benar, sayang. Sayang itu konsepnya menjaga. Menjaga kepentingan yang disayanginya. Sayangkah jika kita asyik mengikat? Sayangkah jika kita tidak memahami? Konsep sayang itu kadang sampai tidak mampu diungkap kata-kata. Namun jelas, konsep sayang itu tak terhad. Sayang itu tidak bermaksud hanya perlu sayang kepada satu atau seorang. Kadang menyayangi lebih ramai itu lebih baik. Bukankah untuk disayangi ramai, kita perlu mula terlebih dahulu menyayangi yang ramai? Sayang, jan